Batu Kristal ini
mempunyai pelbagai warna antaranya berwarna
putih, perang, hitam, merah, kuning dan biru cair. Kristal yang berwarna
adalah lebih mahal berbanding dengan batu Kristal yang berwarna putih. Ini
kerana kesukaran untuk mendapatkannya
dan turut jarang ditemui.
Selain itu, batu
Kristal ini boleh juga dikenal pasti jenis-jenisnya melalui beberapa kategori
iaitu duri atau dikenali juga sebagai cubung kristal, bunga kristal dan bunga
pokok kristal.
Duri atau cubung kristal dikatakan berbentuk
seakan-akan duri yang bersegi-segi dan sedikit tajam
di hujungnya, manakala bunga kristal pula berbentuk seperti
bunga-bunga rumput yang halus yang tumbuh di atas hamparan permaidani.Bunga pokok kristal pula mempunyai bentuk seperti pokok yang tumbuh di atas bukit atau gunung dan berbentuk seakan-akan bunga kubis. Terdapat juga batu kristal jenis batu tukul, batu kristal air dan batu kristal batang. Batu tukul berwarna putih dan biasanya saiz batu tukul agak besar dan mudah ditemui.
Batu kristal air pula berwarna keperang-perangan dan sekali pandang kilauannya kelihatan seperti air yang mengalir di dinding gua
Batu kristal batang juga dikenali sebagai batu 'laksek' dan berbentuk seperti sebatang kayu yang terpacak. Ia mempunyai tiga lapisan warna iaitu perang cair di bahagian bawah, perang muda di bahagian tengah dan perang pekat di bahagian atas sekali.
No comments:
Post a Comment