Wednesday 22 May 2013

Jenis-Jenis Batu Kristal Semulajadi


Batu Kristal ini mempunyai pelbagai warna antaranya berwarna putih, perang, hitam, merah, kuning dan biru cair. Kristal yang berwarna adalah lebih mahal berbanding dengan batu Kristal yang berwarna putih. Ini kerana kesukaran untuk mendapatkannya  dan turut jarang ditemui.

Selain itu, batu Kristal ini boleh juga dikenal pasti jenis-jenisnya melalui beberapa kategori iaitu duri atau dikenali juga sebagai cubung kristal, bunga kristal dan bunga pokok kristal.

Duri atau cubung kristal dikatakan berbentuk seakan-akan duri yang bersegi-segi dan sedikit tajam
di hujungnya, manakala bunga kristal pula berbentuk seperti bunga-bunga rumput yang halus yang tumbuh di atas hamparan permaidani.

Bunga pokok kristal pula mempunyai bentuk seperti pokok yang tumbuh di atas bukit atau gunung dan berbentuk seakan-akan bunga kubis. Terdapat juga batu kristal jenis batu tukul, batu kristal air dan batu kristal batang. Batu tukul berwarna putih dan biasanya saiz batu tukul agak besar dan mudah ditemui.

Batu kristal air pula berwarna keperang-perangan dan sekali pandang kilauannya kelihatan seperti
air yang mengalir di dinding gua
Batu kristal batang juga dikenali sebagai batu 'laksek' dan berbentuk seperti sebatang kayu yang terpacak. Ia mempunyai tiga lapisan warna iaitu perang cair di bahagian bawah, perang muda di bahagian tengah dan perang pekat di bahagian atas sekali.








No comments: