Wednesday 22 May 2013

Jenis-Jenis Batu Kristal Semulajadi


Batu Kristal ini mempunyai pelbagai warna antaranya berwarna putih, perang, hitam, merah, kuning dan biru cair. Kristal yang berwarna adalah lebih mahal berbanding dengan batu Kristal yang berwarna putih. Ini kerana kesukaran untuk mendapatkannya  dan turut jarang ditemui.

Selain itu, batu Kristal ini boleh juga dikenal pasti jenis-jenisnya melalui beberapa kategori iaitu duri atau dikenali juga sebagai cubung kristal, bunga kristal dan bunga pokok kristal.

Duri atau cubung kristal dikatakan berbentuk seakan-akan duri yang bersegi-segi dan sedikit tajam
di hujungnya, manakala bunga kristal pula berbentuk seperti bunga-bunga rumput yang halus yang tumbuh di atas hamparan permaidani.

Bunga pokok kristal pula mempunyai bentuk seperti pokok yang tumbuh di atas bukit atau gunung dan berbentuk seakan-akan bunga kubis. Terdapat juga batu kristal jenis batu tukul, batu kristal air dan batu kristal batang. Batu tukul berwarna putih dan biasanya saiz batu tukul agak besar dan mudah ditemui.

Batu kristal air pula berwarna keperang-perangan dan sekali pandang kilauannya kelihatan seperti
air yang mengalir di dinding gua
Batu kristal batang juga dikenali sebagai batu 'laksek' dan berbentuk seperti sebatang kayu yang terpacak. Ia mempunyai tiga lapisan warna iaitu perang cair di bahagian bawah, perang muda di bahagian tengah dan perang pekat di bahagian atas sekali.








Wednesday 8 December 2010

Batu Kristal Hidup


Batu Kristal ini dipercayai yang terbaik yang terdapat di Negara Malaysia dan ia hidup (mata Kristal membesar). Maksud hidup batu Kristal ini ialah mata atau cumbu-cumbu Kristalnya yang hidup dan membesar. Walaupun batu itu telah di ambil keluar dari bukit atau gua, ia masih hidup dengan syarat ia hendaklah dijaga dengan baik dan diletakan di tempat yang sesuai.

Batu Kristal yang hidup ini mengambil masa yang agak lama untuk pembesara atau pertumbuhannya. Pembesaran batu Kristal itu bukan kepada saiz batunya tapi mata atau cumbu-cumbu Kristal sahaja yang akan tumbuh atau membesar.Ia membesar buka seperti tumbuh-tumbuhan, kadang-kadang memakan masa yang agak lama sehingga sampai bertahun-tahun. Tetapi ada juga batu Kristal tersebut matanya tumbuh dengan cepat. Senang cerita, ia bergantung kepada jenis batu Kristal tersebut.

Jika kita nak pastikan Batu Kristal ini hidup dan membesar, kita perlu menyembur air yang bersih antara air yang terbaik yang kita patut gunakan adalah air hujan atau air mineral. Air paip boleh digunakan tapi air tersebut perlu di tangkung terlebih dahulu selama 3 hari supaya klorin tersebut meredap kebawah. Penyemburan air hendaklah di lakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk memastikan batu Kristal yang sedia tumbuh, bercambah serta lebih berkilauan. Selain dari penyemburan air, batu Kristal itu hendaklah disimpan atau diletak dikawasan yang tidak terkena cahaya matahari dan lebih cantik sekali kita letak ditempat yang sejuk.

Tuesday 7 December 2010

Apa itu Semulajadi


Kristal Malaysia ini lebih dikenali sebagai Kristal Kemulajadi. Ia adalah kerana batu Kristal ini dipercayai “hidup” atau ia susah mati dan senang dijaga. Batu Kristal ini mempunyai duri dalam pelbagai bentuk. Duri itu adalah Kristal yang tumbuh melalui batu tersebut. Jadi, yang dikata hidup adalah duri Kristal tersebut bukannya batu.

Ia tidak membesar seperti mana pokok atau tumbuh-tumbuhan yang lain dan ia memebesar mengambil masa bertahun-tahun. Selain itu, setiap batu Kristal Semulajadi ini bentuk dan bunganya tidak sama di antara satu sama lain. Malah nilainya lebih berharga berbanding dengan Kristal di luar Negara sana.

Monday 29 November 2010

Mukadimah-Apa itu Kristal

Kristal ialah sejenis batu atau sesetengahnya pula berbentuk kaca yang tubuh dan hidup di dalam bukit dan gua di bumi Allah ini. Pembesaran batu kristal ini adalah melalui air yang berada dalam perut bumi atau air di bukit itu sendiri.

Batu Kristal itu sendiri yang akan menghisap air sama ada dari perut bumi mahupun dari air bukit itu sendiri. Itu secara amnya kehidupan Kristal dibumi Allah ini.Di Malaysia, batu Kristal ini dinamakan sebagai Batu Kristal Semulajadi atau dalam bahasa sainsnya ialah Natural Crystal Cluster.

Monday 2 November 2009

Pengenalan Kristal Semulajadi

2.Kenapa Kristal Semulajadi ini dijadikan oleh Allah SWT?

1. Kristal ini dijadikan oleh Allah SWT adalah untuk sesiapa sahaja yang tahu
Menggunakannya dan untuk menunjukkan kewujuddan yang maha esa iaitu Allah SWT.
2. Dapat membuatkan manusia itu sendiri berfikir dengan penuh kematangan sebab yang boleh
jadikan kristal ini ialah Allah SWT.

Monday 15 June 2009

Pengenalan Kristal Semulajadi

1.Apakah Kelebihan dan kepentingan Kristal Semulajadi ini kepada manusia?

Kelebihan

1. Kelebihannya ialah dapat menyerikan semua tempat-tempat salah satunya di dalam rumah, persekitaran kampung halaman, dan gedungan-gedungan kedai.
2. Ia juga dapat megubati berbagai-bagai jenis penyakit antaranya ialah bias-bisa tulang dan sendi, sakit lumpuh, angin akhmar, panas badan dan tekanan mental
3. Apabila kita melihat dan menghayati kristal tersebut ia akan memberi ketenangan jiwa kita atau menenangkan mata hati kita apabila kita menghadapi masalah.

Kepetingan

Setiap manusia harus menghayati setiap ciptaan Allah SWT, salah satunya kristal ini. Kristal Semulajadi tersebut penting untuk kita sekiranya kita tahu apa kelebihannya. Kristal tersebut banyak membantu dalam bentuk dalaman seperti dapat menenangkan mata hati dan menghayati atau menyelami kewujudan ciptaan Allah SWT. Allah SWT menjadi sesuatu benda di muka bumi ini, terdapat banyak kelebihan dan kepentingan pada makhlunya. Tetapi manusia ciptaan Allah SWT haruslah mencari ilmunya terlebih dahulu.